Tuesday, September 8, 2009

SIFAT-SIFAT MAHMUDAH (TERPUJI)

1. Taubat

Keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar melalui jalan ilmu, penyesalan dan niat (qasad) untuk tidak mengulanginya.

“Dan bertaubatlah kamu kepada Allah wahai sekalian orang mukminin, semoga kamu mendapat kemenangan.” (Surah al-Nur: 31)

Kesalahan dosa-dosa kecil akan terhapus dengan banyak istighfar, tahmid, zikir dan berwuduk.

2. Takut akan Allah SWT

Apabila seseorang muslim itu mengenali Zat Allah melalui mengenal sifat-sifatNya, maka jiwanya akan mewarisi perasaan takut terhadap Allah.

3. Muhabbah

Kasih akan Allah SWT itu dipuji oleh syarak dan dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan jiwa insan yang benar-benar cintakan agama dan rela berjuang (berjihad) dan berkorban demi menegakkannya.

4. Zuhud

Satu corak kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia sambil berusaha meninggalkan semua perkara yang tidak baik.

5. Sabar

Sabar begitu sukar untuk dipraktikkan kecuali orang kuat imannya dan tabah menghadapi segala keadaan. Misalnya sabar atas ketaatan seperti mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa dan sebagainya.

6. Syukur

Syukur itu meliputi ilmu, amalan dan suasana. Ilmu itu adalah dengan mengenal Allah menerusi nikmatNya. Amalan adalah dengan melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh Allah SWT. Suasana pula ialah menimbulkan kegembiraan atas nikmat yang dikecapi.

7. Ikhlas dan benar

Mereka yang sentiasa membersihkan amalannya dinamakan orang yang ikhlas. Untuk mencapai tingkatan ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia. Amalan ikhlas dan suci dalam perbuatan, tutur kata dan ibadat akan mendekatkan diri insan kepada Allah SWT. Hakikat benar-benar dalam amalan, benar dalam menepati janji, benar dalam perkataan, benar dalam niat dan kehedak serta benar dalam keazaman.

8. Tawakal

Tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya kepada Allah SWT setelah berazam. Seterusnya diikuti dengan usaha.

9. Redha dengan Qada’ Allah SWT

Ia merupakan salah satu daripada sifat-sifat mahmudah. Segala ketentuan Allah sama ada baik ataupun buruk diterima dengan syukur dan sabar oleh insan mukmin. Tidak ada penyesalan atau keluh kesah menerima apa sahaja ketentuan yang berlaku.

10. Mengingati Mati

Dengan mengingati mati sebagai penyudah kehidupan di dunia ini, insan mukmin (mukminah) akan terhindar daripada melakukan segala kemungkaran dan mentaati perintah Allah pada setiap masa.

Ramadhan Karim, selamat menyambut bulan Ramadhan, mudah-mudahan amalan pada bulan ini akan diberkati Allah.

Monday, September 7, 2009

KETINGGIAN IHSAN

“Jika kamu berbuat kebaikan, (maka manfaat) kebaikan yang dilakukan itu akan kembali kepada diri kamu juga. Dan jika kamu berbuat kejahatan maka (kesannya) kembali juga kepada kamu.”

(Surah al-Isra’: 7)

“Dan terdapat antara kamu suatu golongan yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat. Mereka itulah orang yang berjaya (berbahagia).”

(Surah Al-Imran: 104)

Wednesday, July 8, 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat datang ke blog Pengetua SMK Ampang Pecah.